ASRI BIN YAHYA D20102046710

Wednesday 16 November 2011

Pengenalan


Pendidikan di Malaysia merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk menyediakan tenaga mahir generasi yang akan menjawab cabaran  masa akan datang.Menurut Hamdan (2000), semestinya kita  semua perlu akur bahawa penguasaan dankecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara kita mencapai kemajuan khususnya dalam dunia yang mengarah kepada orientasi teknologi maklumat. Generasi bijakmatematik akan menjadi generasi penentu dalam arus pembangunan negara. Melalui ilmu matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat digarap dan diterjemahkan untuk faedah semua. Aplikasi fakta asas kira darab juga amat  penting dalam menyelesaikan masalah lain di dalam matematik seperti tajuk pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, matematik harian, wang, timbangan, masa dan waktu. Lantaran itu, seharusnya semua murid di  sekolah rendah perlu menguasai matematik terutamanya fakta asas kira darab untuk mereka mengaplikasikan kemahiran matematik dalam bidang ilmu yang lain.

Belajar Matematik - Darab


Belajar matematik hari ini. Lagi tricks yang boleh digunakan dalam mendarab nombor dua digit dengan dua digit. Sungguh mudah! Pasti anda dapat menyelesaikan masalah dalam tempoh 3 saat setelah menguasainya.

Contoh 1:
13 x 12 = ?

Langkah 1:
Tambahkan nombor yang bergaris dan tuliskan jawapannya. Lihat contoh.

Langkah 2:
Darabkan nombor yang dibulatkan dan tulis hasil dibelakang nombor dalam langkah 1.

Maka jawapan 12 x 3 = 156

Mudah bukan? Mari kita cuba dengan contoh yang kedua.

Contoh 2:
13 x 13 = ?

Cuba ikuti langkah 1 dan 2 dalam contoh 1. Berapakah jawapan yang anda perolehi? Kalau jawapan anda bersamaan 169, maka anda sudah mula menguasai cara ini. Mari kita lihat.

Cuba soalan ini untuk menguji kemahiran anda. 
16 x 12 = ?

Teknik Darab 1


Teknik Darab 2