Pendidikan di Malaysia merupakan satu pelaburan jangka
panjang untuk menyediakan tenaga mahir generasi yang akan menjawab cabaran masa akan datang.Menurut Hamdan (2000), semestinya kita semua perlu akur bahawa penguasaan dankecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi
negara kita mencapai kemajuan khususnya dalam dunia yang mengarah kepada orientasi
teknologi maklumat. Generasi bijakmatematik akan menjadi generasi penentu dalam arus
pembangunan negara. Melalui ilmu matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat digarap dan
diterjemahkan untuk faedah semua. Aplikasi fakta asas kira darab juga amat penting dalam menyelesaikan masalah lain di dalam matematik seperti tajuk pecahan, perpuluhan, ukuran
jarak, matematik harian, wang, timbangan, masa dan waktu. Lantaran itu, seharusnya semua
murid di sekolah rendah perlu menguasai matematik terutamanya fakta asas kira darab
untuk mereka mengaplikasikan kemahiran matematik dalam bidang ilmu yang lain.
No comments:
Post a Comment